KEBENARAN MELUMPUHKAN KEBATILAN!!!!!!!!!!!!!!!!! PERCAYALAH......kebenaran akan datang, sama ada cepat atau lambat....

Thursday, July 14, 2011

SYAABAN TELAH TIBA..... NANTIKAN RAMADHAN YG MULIA


Assalamualaikum semua.....................
Pejam celik... pejam celik, siap ngan makan, tido, berangan, dan sebagainyer, mmg tak perasan ruper2nyer kiter sumer dah berada di bulan Syaaban, padahei rase bru jer msuk bulan rejab..... tak thu nak wat intro cam ner.... cumernyer kali nie nak citer sikit pasai bulan syaaban iaitu bulan yang dikatakan sebagai bulan Rasullullah S.A.W. 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)


Dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda 


Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya.” 


Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan bagi kita umatnya berbagai ganjaran yang disediakan untuk setiap amalan bagi persediaan menghadap bulan Ramadhan. marilah same2 kiter tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kiter kepada Allah pada bulan Rasullullah nie. ingin saya kongsikan doa yang sya amalkan setibanya bulan Syaaban dan mungkin akan menjadi satu amalan buat shbt2

Doa Menunggu Kedatangan Ramadhan :
Ya Allah berkatilah kami pada bulan Syaaban, Ya Allah engkau sampaikan kami (lanjutkan usia kami) ke bulan Ramadhan. Ya Allah engkau anugerahkan kami kesempatan berpuasa pada waktu siangnya (Ramadhan) dan menghidupkan malamnya (dgn ibadah) dan membaca Al-Quran padanya dngn rahmatMu Ya Tuhan yg amat mengasihani hamba2Nya


Salah satu amalan yang paling mudah yang perlu kita amalkan sepanjang bulan Syaaban adalah berdasarkan Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik :

Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu Malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Syaaban maka Allah SWT menyuruh Malaikat itu, supaya menyelam di air “Hidup”. Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-ngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah SWT menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu Malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang membaca selawat, sampai hari Kiamat.”
Kedua hadith di atas petikan dari buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh.




Nisfu Syaaban malam pengampunan

Antara petikan dari blog Ustaz Rahim :
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:
Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran  ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda :

  Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” 

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda :

Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swtselama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.

Nabi saw bersabda : 

“Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
kredit: Denaihati.com



Thursday, July 7, 2011

HIMPUNAN BERSIH 2.0 : Hasil Persetujuan


HASIL PERSETUJUAN


Disebabkan banyak pertanyaan yang mahukan komentar berkenaan Himpunan Bersih. Maka, baru-baru ini beberapa tokoh agama yang telah berkumpul untuk kali keduanya. Saya sebagai seorang pelajar yang masih mentah, juga berada bersama. Saya berasa amat kerdil disisi mereka. Siapalah saya berbanding orang-orang yang diberi kelebihan Allah kepada mereka. Namun peluang untuk bersama para ilmuan ini suatu yang amat saya cintai.
Akhirnya kami bersetuju memasukkan topik perhimpunan BERSIH sebagai agenda perbincangan. Alhamdulillah, pemilihan para asatizah disini dilihat umum sebagai yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Kami berharap pandangan dan keputusan golongan kerdil dari kami ini sebagai suatu tanggungjawab kami serta hak kami dalam menyatakan pandangan. Kami telah sebulat suara membuat keputusan dalam liqa bulan lepas. Tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Parti Politik dan NGO. Sebelum itu dinyatakan dahulu asatizah2 tersebut.
Ahli-ahli setakat ini terdiri dari ilmuan berikut :-
  1. Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( Mursyid Liqa’)
  2. Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
  3. Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
  4. Ust Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
  5. Ust Aizam Mas’ud,
  6. Ust Hasrizal Abdul Jamil,
  7. Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
  8. Imam Muda Asyraf,
  9. Ust Ramadhan Fitri,
  10. Ustaz Dr. Maszlee Malik,
  11. Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
  12. Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman ( Pengerusi / Moderator Liqa’)
  13. Ust Syed Mohd Norhisyam
Bagi urusan sekretariat dan teknikal, kami menerima bantuan dua tokoh muda iaitu:
  1. Saudara Imran Koyube (iluvislam)
  2. Ust Ahmad Syarief
Setelah membuat timbang tara antara Perlembagaan yang tertera berkenaan Hak Berhimpun dan juga kapasiti serta kepercayaan penuh kepada pihak polis dalam memastikan keamanan di Negara Malaysia tercinta. Maka pihak Liqa diwakili oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman bersetuju menyatakan bahawa : UNTUK LIHAT JAWAPAN SILA LIHAT VIDEO INI :
Walaupun pada asalnya kami telah menggariskan dawabit dan syarat-syarat kepada para pendemonstrator, bagaimana tingkah laku dan batas yang perlu di jaga, namun dengan memahami konsep kehidupan semasa dan kesukaran tertentu maka jawapan yang pasti ianya tetap dibolehkan. Dalam perbincangan ini juga kami tidak mengkhususkan kepada tempat perhimpunan tertentu. Samada ianya dilakukan di jalanan ataupun di Stadium.
Semoga Allah mengampuni kami dari membuat keputusan mengikut hawa nafsu dan emosi semata. Dan diharap keadilan itu lebih hampir kepada kami semua berbanding rasa cenderung kepada mana-mana aliran parti dan kelompok. Agar keputusan yang dibuat ini merupaka satu keputusan yang adil dan saksama bagi kebaikan ummah. Wallahua’lam
sumber dari :
http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=436


Thursday, May 5, 2011

KERANAMU YA RABB....

Saya tidak mampu untuk menahan sedih dalam hati. Galau rasanya dalam hati ini, ditambah dengan bisikan syaitan dan desakan ammarah. Namun jiwa yang sedih bertuhan. Allah tuhan kepada jiwa yang sedih ini. 

Lalu ada satu doa yang bagus untuk jiwa yang sedang bersedih semacam saya.

Ya mnqzal gharqa (Wahai yang menyelamatkan orang yang tenggelam)

Wa ya munjiyal halka (Wahai yang menyelamatkan yang binasa)

Wa ya shaahida kulli najwa (Wahai yang menyaksikan setiap aduan)

Wa ya muntaha kulli syaqwa (Wahai yang menamatkan segala penderitaan)

Wa ya daaima ma’ruf (Wahai yang berterusan kebaikannya)

Wa ya qadiimal ihsan (Wahai yang berkekalan ihsan)

Hanya kepada Allah kita mengadu. Apa lagi buat masa sekarang, saya tidak punya sesiapa yang mampu mengubati resah ini melainkan Tuhan saya.

Saturday, April 9, 2011

Mencari Ketenangan

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelma. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!

Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat.  Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?

Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah ‘syurga dunia’ sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.

Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.


Ada enam perkara yang sangat penting dan kritikal dalam kehidupan manusia. Jika keenam-enam perkara itu stabil maka stabillah seluruh kehidupan. Perkara-perkara itu adalah kesihatan, kewangan, kerjaya, ilmu pengetahuan, perhubungan dan kekeluargaan. Jika semua perkara itu dapat dicapai dan berada dalam keadaan stabil, maka kehidupan juga akan stabil.

Sungguhpun begitu, dalam realiti kehidupan adalah sangat sukar untuk mencapai kestabilan dalam semua perkara itu. Jarang benar ada orang yang dapat mencapai semuanya.  Ada yang kaya tetapi kesihatan terganggu. Ada pula kesihatannya baik tetapi ada masalah dengan perhubungan sesama anggota masyarakat.

Begitulah lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang memiliki segala-galanya. Jika demikian, apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan dalam hidup? Jawabnya, kuatkanlah iman. Ini kerana iman akan dapat menampung kekurangan dalam perkara-perkara yang lain. Jika seorang itu miskin, sakit, berpangkat rendah dan lain-lain kekurangan maka iman akan menampung kekurangan-kekurangan itu dengan sifat sabar, redha, qanaah, lapang dada dan tawakal.

Namun, tanpa iman segala kelebihan yang dimiliki akan tidak berguna. Tanpa iman, sikaya akan tamak dan tidak akan merasa cukup dengan kekayaannya, yang berkuasa akan menindas dan menzalimi, yang sihat akan lupa diri dan membuat kejahatan, yang banyak ilmu akan angkuh dan menghina orang lain.

Semua ini akan mengundang kebencian, ketidak puas hatian, kemarahan, kedengkian sesama manusia yang akhirnya akan menimbulkan krisis antara yang simiskin dengan yang sikaya, yang berkuasa dengan rakyat jelata, buruh dengan majikan dan lain-lain. Tegasnya, kualiti jiwa yang rendah (tanpa iman) itulah yang mencetuskan kemusnahan dalam hidup manusia. Dan untuk mengatasinya, tidak ada jalan lain kecuali dengan meningkatkan kualiti hati!


Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas. Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

Lihat sahaja Hosni Mubarak (Mesir), Zainal Abidin (Tunisia), Ghaddafi (Libya)… yang tidak cukup-cukup dengan kuasa. Atau Tiger Woods yang tidak cuku-cukup dengan wanita… Hakikatnya, berjaya mencapai kekuasaan, kekayaan, kecantikan dan lain-lain tanpa kualiti hati (iman) hanya akan menjurumuskan mansia kepada rasa kekosongan, kemurungan dan kebosanan. Inilah yang menyebabkan berlakuya penzinahan, rasuah, ketagihan dadah, arak dan sakit jiwa dikalangan individu-individu yang kaya, jelita, berkuasa dan sebagainya.

Bila kualiti hati rendah, sedikit nikmat tidak cukup, banyaknya. Akibat tidak syukur, sabar, qanaah dan redha, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan.  Sebaliknya, hati yang kuat mampu mengawal nafsu (kehendak biologi, seksologi dan fisiologi)  umpama burung yang menerbangkan  sangkarnya. Manakala, hati yang lemah sentiasa  terkurung oleh kehendak-kehendak nafsu seperti burung yang terkurung oleh sangkarnya.

Hati yang kuat akan memandang segala-galanya secara positif, mentafsirkannya secara positif dan bertindak secara positif. Inilah yang sering disebut oleh pakar motivasi sebagai berfikiran positif. Dan apabila kita berfikiran positif, segala yang positif akan tertarik kepada kita. Ini pula yang disebut sebagai hukum tarikan (law of attractions) dalam kehidupan.

Apa yang kita yakini dalam hati menentukan sudut pandang (worldview) kita seterusnya mempengaruhi sistem nilai, sikap serta kelakukan kita. Orang yang memiliki hati yang tenang (hasil keimananya kepada Allah)  akan melihat segala yang berlaku dari sudut pandangan akidah – tauhidic mind set, lantas sistem nilainya mengikut perspektif Allah dan Rasul-Nya. Nilai ini akan mempengaruhi sikapnya. Ia akan menjadi seorang mukmin yang segala kelakukannya berpandukan syariat dan akhlak Islamiah.

Orang mukmin itu memiliki keajiban dalam kehidupan. Apabila mendapat nikmat, dia akan bersyukur. Bila ditimpa musibah, dia mendapat hikmah. Semua yang dirasakan indah belaka kerana dia sudah mendapat ‘halawatul iman’ (kemanisan iman). Kemanisan iman itulah yang akan mencukupkan segala macam bentuk keperluan manusia  sama ada keperluan dalam bentuk kebendaan, pemikiran, perasaan dan kejiwaan.

Apa itu kemanisan iman? Ia adalah satu rasa tenang, bahagia dan aman di dalam jiwa seseorang hasil keyakinannya yang tinggi kepada Allah, Al Kitab, Rasul dan lain-lain rukun iman. Ia adalah kemanisan yang bersifat maknawi yakni tidak dapat dirasa dengan pancaindera tetapi hanya dapat dirasai oleh hati.  Orang yang telah merasai kemanisan iman akan rasa indah dalam melakukan ketaatan dan bahagia ketika meninggalkan kejahatan. Apabila musibah melanda, mampu sabar dan redha. Bahkan dia sanggup mati demi menemui kecintaannya (Allah).

Tidak ada rasa sukar, penat, bosan, rugi dan lain-lain dalam diri orang yang telah merasai kemanisan iman. Ia sesungguhnya mengatasi segala kemanisan dunia. Mereka yakin apa jua yang ditakdirkan Allah ada baik belaka. Dan hasil keyakinan itu mereka mampu menukar segala yang buruk menjadi kebaikan, segala kekurangan menjadi kelebihan, segala yang pahit menjadi penawar, segala yang kotor menjadi bersih dan jernih. Dalam jiwa mereka seolah-olah ada penapis yang mampu menapis segala yang negatif menjadi positif.

Jika iman (kalimah syahadah) itu diumpamakan oleh Allah sebagai  pohon yang baik, maka kemanisan iman adalah rasa pada buah yang telah masak ranum, terhasil oleh kesuburan pohon yang telah berbatang, berdahan, berdaun dan berbuah itu. Firman Allah:
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Ibrahim: 24)

Kemanisan iman berkadar terus dengan kesempurnaan iman di dalam hati sanubari seseorang. Semakin sempurna, teguh dan kukuh iman seseorang, maka semakin manislah iman itu dirasai olehnya. Oleh itu bukan semua orang yang mengaku beriman dapat merasai kemanisannya. Ini kerana iman itu bukan dengan kata-kata ataupun angan-angan tetapi ia diperkukuhkan dengan perbuatan  dan pengorbanan.

Justeru, sudah menjadi kewajipan setiap orang Islam memburu kemanisan iman. Ia perlu dijadikan agenda utama dalam hidup mengatasi segala-galanya. Bahkan, jika disedari, pemburuan untuk merasai kemanisan iman ini adalah agenda seumur hidup. Kita hidup dengan iman, kita mati dengan iman dan kita pinta masuk ke dalam syurga dengan iman. Namun, mana mungkin kita boleh melakukan segala-galanya itu jika iman terasa pahit, pedih dan perit? Hanya orang yang rasa manis dengan iman sahaja yang mampu hidup dan mati bersamanya!

Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya. Dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. Seluruh energi alam akan menyebelahinya. Di dalam hadis qudsi, Allah swt berfirman:
“Jika Allah mencintai seorang hamba maka Allah akan berkata, “Wahai Jibrail, Aku mencintai seorang hamba maka cintailah dia. Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata, “sesungguhnya Allah mencintai sifulan maka cintailah dia.” (musnad Imam Ahmad dari Abu Hurairah).

Sekali lagi saya ulangi, sebagai peringatan buat diri dan saudara-saudari, siapakah yang berani memusuhi kita sekiranya Allah mencintai kita? Marilah kita berusaha sedaya upaya untuk meraih cinta itu. Walaupun amat sukar tetapi itulah satu-satunya jalan ke arah keselamatan, ketenangan dan kebahagiaan. Sekalipun tidak sampai, tidak mengapa… asalkan kita telah menempuh jalannya. Allah sesungguhnya menilai apakah kita ‘sudah berjalan’ bukan pada apakah kita ‘sudah sampai’.

Ukuran iman di hati dapat dikesan melalui ketenangan yang kita rasai. Apakah kita telah tenang? Ataupun masih keloh-kesah dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam kehidupan? Jawabnya, kita sendiri boleh menilainya. Justeru, apa yang berlaku di luar diri kita tidaklah sepenting dengan apa yang berlaku ‘di dalam’ hati kita. Jadi, berhati-hatilah menjaga hati… sentiasa solat (zikir), istighfar, selawat dan sedekah. Jangan dikotori dengan fitnah, hasad, mengumpat dan marah. Mujahadah… dan istiqamahlah dalam mujahadah. Itulah jalan yang panjang, tetapi itulah jalan yang paling pendek. Tidak ada jalan pintas!

Saturday, April 2, 2011

Pesta oh pesta!!!!!!

                   Pesta Pongal Masyarakat Hindu kembali Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta pongal.Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu. Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi turun temurun. Walaupun nampak susah, tetapi masyarakat Hindu boleh membuat kolams yang unik, cantik dan menarik- kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu.Beras manis ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi dan badam.selain dari dijadikan hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepada Dewa.Oleh kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga. bagi masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan. Selain juadah yang disebutkan, terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti 'vadaas' , 'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal.Perayaan ini biasanya disambut selama empat hari.
                Pada hari pertama, ia dikenali sebagai hari 'Bhogi' iaitu hari untuk menyembah Dewa Hujan.Dihari ini penganut Hindu akan mengamalkan mandi minyak bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang lebih baik. Hari kedua semasa Pongal ialah hari 'Surya'. Ia adalah khas untuk Dewa Matahari. upacara yang dilakukan pada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari.Hari ketiga adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Ia dipanggil hari 'Mattu'. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia. Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan Pongal ini bolehlah diaanggap hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka. dipetik dari laman web kementerian penerangan malaysia.. PERSOALANNYA BOLEHKAN PESTA INI DISERTAI????
                 Sebelum saya membincangkan dan memperbahaskan isu yang dikemukakan ini adalah elok kita melihat beberapa dalil yang berkaitaN : Firman Allah Taala bermaksud: 
Dan mereka (yang diredhai Allah Taala itu ialah orang-orang) yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertembung dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia maka mereka melaluinya dengan cara menjaga kehormatan dirinya. (Surah al-Furqan: ayat 72). 
                 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 
(Setelah Rasulullah S.A.W. melihat kaum Ansar menyambut dua hari perayaan yang mereka warisi dari zaman Jahiliyah). Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasai). 
                 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir maka dia dikalangan mereka (orang-orang kafir). (Riwayat Abu Daud, al-Baihaqi, Ibnu Majah, Ahmad dan ad-Daruquthni). 
                 Berkata Saidina Umar R.A. bermaksud: 
Janganlah kamu mempelajari mentera-mentera orang asing dan janganlah kamu bersama-sama orang musyrikin dalam gereja-gereja/tempat-tempat ibadat mereka pada hari raya mereka kerana sesungguhnya kemurkaan (Allah Taala) akan turun menimpa ke atas mereka. (Riwayat al-Baihaqi). 
                 Dari dalil-dalil yang saya bawakan di atas dapatlah disimpulkan di sini bahawa tidak harus bagi seseorang muslim menghadiri atau merayakan/menyambut perayaan kaum bukan Islam . Dan inilah pendapat kebanyakkan ulama. Malah Syeikh Abu Hafs al-Musti (dari mazhab Hanafi) dalam kitab Subulus Salam amat keras dalam hal ini sehingga ia berkata: Sesiapa memberi hadiah kepada seorang kafir sekalipun dengan sebiji telur sebagai membesarkan hari mereka maka sesungguhnya ia kufur dengan Allah. Saya melihat sambutan perayaan agama kaum bukan Islam seperti ini sedikit sebanyak boleh merosakkan akidah umat Islam yang meraikannya tanpa kita sedari. Kita semacam meredhai dan memberi izin terhadap perbuatan-perbuatan mereka yang menyalahi syariat Islam dengan kehadiran kita. Pun begitu Islam tidak melarang kaum-kaum bukan Islam merayakan hari keagamaan mereka sesama mereka
                   Namun begitu menghadiri majlis mereka pula, ada beberapa pendapat ulamak kontemporari. Dr. Muhammad Abu Faris di dalam Fatawa Syariahnya menyebutkan: Menziarahi orang Kristian hukumnya mengikut niat, tujuan dan matlamat
1) Jika bertujuan untuk melakukan amar makruf dan nahi munkar, maka ianya adalah Sunnah Nabi. 2) Sekiranya menziarahi dengan tujuan untuk mengagungkan perayaan ini, maka ia adalah dilarang sekiranya perayaan ini ada unsur2 syirik dan perkara yg menyalahi syariat. 
3) Adapun menziarahi perayaan kerana kemanusiaan ataupun atas dasar berbuat baik kepada jiran atau rakan maka ianya diharuskan.
Wallahualam.