KEBENARAN MELUMPUHKAN KEBATILAN!!!!!!!!!!!!!!!!! PERCAYALAH......kebenaran akan datang, sama ada cepat atau lambat....

Saturday, April 2, 2011

Pesta oh pesta!!!!!!

                   Pesta Pongal Masyarakat Hindu kembali Satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di Malaysia ialah pesta pongal.Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu. Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan.Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi turun temurun. Walaupun nampak susah, tetapi masyarakat Hindu boleh membuat kolams yang unik, cantik dan menarik- kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Beras yang diguna membuat kolams ini juga boleh dimasak untuk dijadikan juadah kepada tetamu.Beras manis ini dimasak dengan kunyit dan halia dan dimakan dengan dhal dan susu. Tidak ketinggalan juga minyak sapi dan badam.selain dari dijadikan hidangan tetamu, beras ini juga diletak di kuil untuk dipersembahkan kepada Dewa.Oleh kerana beras ini manis, biasanya kolams yang dibuat akan habis dimakan oleh serangga. bagi masyarakat Hindu, ini adalah kebajikan yang mereka buat untuk haiwan. Selain juadah yang disebutkan, terdapat juga makanan tradisi yang lain seperti 'vadaas' , 'payasam' dan keledek untuk dijamu semasa Pongal.Perayaan ini biasanya disambut selama empat hari.
                Pada hari pertama, ia dikenali sebagai hari 'Bhogi' iaitu hari untuk menyembah Dewa Hujan.Dihari ini penganut Hindu akan mengamalkan mandi minyak bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang lebih baik. Hari kedua semasa Pongal ialah hari 'Surya'. Ia adalah khas untuk Dewa Matahari. upacara yang dilakukan pada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari.Hari ketiga adalah hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Ia dipanggil hari 'Mattu'. Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia. Hari terakhir Pongal pula adalah hari dimana kawan-kawan yang berjauhan datang untuk melawat.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.Perayaan Pongal ini bolehlah diaanggap hari masyarakat Hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka. dipetik dari laman web kementerian penerangan malaysia.. PERSOALANNYA BOLEHKAN PESTA INI DISERTAI????
                 Sebelum saya membincangkan dan memperbahaskan isu yang dikemukakan ini adalah elok kita melihat beberapa dalil yang berkaitaN : Firman Allah Taala bermaksud: 
Dan mereka (yang diredhai Allah Taala itu ialah orang-orang) yang tidak memberikan persaksian palsu dan apabila mereka bertembung dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia maka mereka melaluinya dengan cara menjaga kehormatan dirinya. (Surah al-Furqan: ayat 72). 
                 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: 
(Setelah Rasulullah S.A.W. melihat kaum Ansar menyambut dua hari perayaan yang mereka warisi dari zaman Jahiliyah). Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari dua hari (yang kamu sambut) itu iaitu Hari Raya Korban dan Hari Raya Fitrah. (Riwayat Abu Daud dan an-Nasai). 
                 Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Barangsiapa di kalangan kaum muslimin yang menyerupai atau meniru perbuatan-perbuatan orang kafir maka dia dikalangan mereka (orang-orang kafir). (Riwayat Abu Daud, al-Baihaqi, Ibnu Majah, Ahmad dan ad-Daruquthni). 
                 Berkata Saidina Umar R.A. bermaksud: 
Janganlah kamu mempelajari mentera-mentera orang asing dan janganlah kamu bersama-sama orang musyrikin dalam gereja-gereja/tempat-tempat ibadat mereka pada hari raya mereka kerana sesungguhnya kemurkaan (Allah Taala) akan turun menimpa ke atas mereka. (Riwayat al-Baihaqi). 
                 Dari dalil-dalil yang saya bawakan di atas dapatlah disimpulkan di sini bahawa tidak harus bagi seseorang muslim menghadiri atau merayakan/menyambut perayaan kaum bukan Islam . Dan inilah pendapat kebanyakkan ulama. Malah Syeikh Abu Hafs al-Musti (dari mazhab Hanafi) dalam kitab Subulus Salam amat keras dalam hal ini sehingga ia berkata: Sesiapa memberi hadiah kepada seorang kafir sekalipun dengan sebiji telur sebagai membesarkan hari mereka maka sesungguhnya ia kufur dengan Allah. Saya melihat sambutan perayaan agama kaum bukan Islam seperti ini sedikit sebanyak boleh merosakkan akidah umat Islam yang meraikannya tanpa kita sedari. Kita semacam meredhai dan memberi izin terhadap perbuatan-perbuatan mereka yang menyalahi syariat Islam dengan kehadiran kita. Pun begitu Islam tidak melarang kaum-kaum bukan Islam merayakan hari keagamaan mereka sesama mereka
                   Namun begitu menghadiri majlis mereka pula, ada beberapa pendapat ulamak kontemporari. Dr. Muhammad Abu Faris di dalam Fatawa Syariahnya menyebutkan: Menziarahi orang Kristian hukumnya mengikut niat, tujuan dan matlamat
1) Jika bertujuan untuk melakukan amar makruf dan nahi munkar, maka ianya adalah Sunnah Nabi. 2) Sekiranya menziarahi dengan tujuan untuk mengagungkan perayaan ini, maka ia adalah dilarang sekiranya perayaan ini ada unsur2 syirik dan perkara yg menyalahi syariat. 
3) Adapun menziarahi perayaan kerana kemanusiaan ataupun atas dasar berbuat baik kepada jiran atau rakan maka ianya diharuskan.
Wallahualam.



1 comment:

  1. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai orde dunia baru, Illuminati setelah saya cuba untuk menyertai selama lebih 2 tahun sekarang tetapi penipu mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah mencari untuk menyertai Illuminati sekian lama, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix Morgan dalam talian, saya menghubunginya dan saya menerangkan segala-galanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar untuk ahli besar untuk membantu saya bermula dan saya telah dimulakan ke dalam World Order dan saya menerima jumlah $3,000,000 dolar AS selepas permulaan saya dilakukan. Saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix Morgan. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati perintah dunia baharu hari ini, hubungi Lord Felix Morgan hari ini dia adalah peluang terbaik anda untuk mendapatkan keahlian kepada illuminati yang sentiasa anda inginkan. Hubungi Lord Felix Morgan E-mel: Illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +2348055459757

    ReplyDelete